Monday, January 17, 2011

behave your self

memang dah lama tak update blog. sebab malas. malam ni pun mmg tak rajin mane pun. dah nak tido dh sebenarnye, tapi sebab tak tau nak luah kan kat sape and semua org dah tidur,takde sape nak dgr so aku muntah kan je kt sini.

first of all entry kali ni takda kena mengena dgn hidup mahu pun yg mati. mula kan dgn bismillah.

" Sape2 pun memang suka tengok benda cantik. "

ohh hell-ohh. Memang semua org suka tengok benda cantik. tapi janganlah sampai , gf kat sebelah , mata tu dok melilau tengok perempuan lain. well, u all bf2 semua, bukan selalu pun kan keluar dgn gf , so spend well la mase u all dgn gf. layan lah elok2. ni kalau dah sampai , gf nampak mate bf dok tgk2 awek sexy kat meja sebelah ape case. jage lah hati gf tu. time u all keluar lepak dgn kwn2 jantan u all tu , u all nak tgk ke , nak ngorat ke , nk mintak number tepon ke , even nak terkam awek cun tu pun takpe. u all tengok laaaa puas2 sampai terkeluar bijik mate , gf u all tak nmpk.

kalau di tegur nanti , kata kite drama queen. emosi lebih kate nye. tapi cube letak diri tu , kat tempat yg kena ni. what would u feel. u tell me. kalau tak dapat date dgn gf , sebuk dok complain , rindu mata la , rindu hidung la , tangan lah , mulut lah , semua lah. tapi bile date sebok tgk2 perempuan lain.

ye! memang. kami tahu. u all bf2 ni semua SUKA tengok SAJA. bukan sayang pun. suka takda cinta tapi sayang ade cinta. deiii! tak yah nak tamil sgt bebual. bebual macam hero malaya. kalau gitu baik becinta dgn kete. takde perasaan. u all nak usha awek sexy keta sebelah pun die tak kesah. die siap tolong ngurat kan lg. die siap tolong hon kan. bukan ke lebih bagus? kami ni gf2 ada perasaan. ada rasa malu. malu gila kot jln dgn bf or tgh dok mkn cake sebelah bf , jp lg bf ni dok sebok2 pandang awek table sebelah. malu kot. for sure awek sebelah tu ckp. " kesian perempuan tu , ade sebelah bf pun , bf die tgk aku. " zzzzzzzzzzzzz what ever.

I noe that I cant be a perfect daughter, perfect friends , perfect girlfriend , perfect wife and also a perfect person. Tapi aku pun manusia biasa yg punya mata untuk melihat , telinga untuk mendengar , dan hati untuk sakit dengan atas segala perlakuan tingkahlaku mahupun percakapan manusia! Tolong fikir sikit ape aku rasa! I'd told u twice I think. Lebih kot. tak kan tak paham? nak kena cakap omputih ke??

the end. good night u all. xoxo

Sunday, December 26, 2010

tepat.dua.dekad

Dah berhabok dah rase nye blog ni. Dah lama kot tak tulis blog. Bulan ni mmg busy sgt. Tahap maximum. Tidur pun krg dari 5jam and kadang2 tak tidur pun. Makan pun tak sempat (tipu). Tapi memandang kan hari ni 26 dec, aku berkeinginan besar nak tulis blog. Sekejap je masa berjalan. Rasa macam baru semalam aku keluar dari perut mak. Hihi. I love you mak.

Bila bosan mmg aku suke flashback time aku kecik2 dulu. Best betul. Aku seperti kanak2 yg lain. Aku dibesarkan di kawasan quarters. Selalu je main. Selalu je jatuh calar sane calar sini. Siap terjangkit kutu lagi. Haha. Mmg ramai kot kawan. Sabariah,ayuni,zaid,coid,apis anak cik yahya, along anak penghulu blablablabla.. seperti kanak2 normal yg lain, aku mmg suke main masak2, main kawin2 pastu konon2 ngandung. Tarok towel dlm baju. Kadang2 kalau takde towel, aku tarok teddy bear kecik dlm baju. Haha gila sengal. Main nyanyi2. Dangdut lagi you all. Main belon aca (galah panjang) dan lain2.

Masa kecik, aku slalu ditindas. Selalu kene buli. Tak kira dgn sape2. Kene buli dgn kawan2 even akak aku sendiri pun slalu buli aku. Kesian. Dulu aku mmg tak suke bila mak ckp “ adik, mak g kedai kejap. Tggl rumah je heh dgn akak. tak yah ikot.” Aku mst akan nangis sbb tak suke. Nti aku kene buli. Dpn mak aku mmg die tak buli. Tapi bile kete ayah lepas je dari gate rumah,,hmm mula la. Mase tu, aku mmg berazam, kalau akak dh kawin nti and dh ade ank, aku buli mati-matian balik anak kau kak! Tanpa kompromi. *tapi malang nya, anak2 dia juga membuli aku skg. T_T

Masa aku kecik2 aku dipandang sbg seorang kanak2 yg manja, ngade2, lemah dan senang ditindas . ppfftt. Hell-ohh. Aku tak pernah rase aku manja. Aku takda pun ckp manja2 dgn mak ayah or sape2. Tapi kenapa org semua ckp aku manja? Aku rasa aku samseng kot. Haha. Sgt tak fhm. Tapi mmg tak di nafikan aku sgt di manja kan oleh mak ayah. Tapi bukan aku yg mntk. Dorg yg manja kan aku. Kecik2 dulu aku sgt rapat dgn ayah. Sampai ayah selalu terpaksa bwk aku ikot die pergi kerje sbb aku nangis ikot.

Mase sekola rendah hari2 ayah bwk kan beg sekola aku. *sampai sekola menengah kdg2. Haha. Masa sekola menengah sgt lah penat. Asik je ade extra kelas. So balik2 sekola je pomm teros membuta atas katil. Bangun2 tidor je aku tgk baju sekola utk esok dh cantik ter-hanger dan dh ter-iron kat robok. Mak,kenapa buat? Sbg murid sekola biase, aku mmg cuci kasot sekola every week (tipu). Aku jenis suke rendam konon kasut dlm air dulu before basuh ( konon igt nanti senang lah nak hilang ). Tup tup jp lg aku masuk toilet balik, aku tgk kasot aku dh takde. Tgk je dh cantik ter-jemur kat luar. Mak,kenapa? Hmm kepada bakal anak aku, jgn harap mama nak buat mcm tuh okay. Haha

Sampai sekarang aku masih dgr org ckp aku sgt manja dgn mak ayah. Sumpah aku tak rasa aku manja. Atleast aku takde lah tidur bawah ketiak mak aku. Aku masih ingat masa sem1, first time pergi posting. Aku dah sampai dpn hostel. Kwn2 aku yg lain pun dah sampai. Tapi kitorg tggu kunci takde. So mase tggu dpn rumah tu, cuace hujan renyai2. Mak aku dtg kat aku, sambil berkata “ adik, nah amek ni surat khabar tutup kepala tu kejap nanti demam kena hujan.” Kata mak sambil menghulurkan surat khabar tu ke aku. Bagi aku bende tu biasa je. Mmg slalu buat. Tapi tidak bagi kwn2 aku disekeliling aku pada waktu itu. “gila manja pompuan ni. Mengada la weh kau ni..” sampai skg aku jd bahan lawak dgn kejadian ini. >.<

Sekarang dh besar. Tapi aku tak kesah pun kalau dorg nak ejek ckp aku manja. Bagi aku dorg jeles sbb tak dapat rasa apa yg aku rasa. Ngeh ngeh ngeh. Lately ni, mak selau ckp “ kejap nye dah besar anak mak ni. Dah tak best dah. Dah tak boleh nak timang2 nak peluk2. Dah tak comel macam kecik2 dulu (sampai hati mak T_T) dah boleh org masuk minang dah blh kawin dah. Haihh “ mak. Tak tau ke yg anak mak ni boleh je kalau mak nak timang lagi and adik mmg tak comel lg dh. Tapi makin ayu. >.<

Aku sgt bersyukur dilahirkan di dunia ni dan di kurnia kan mak dan ayah yg sgt memahami,penyayang, caring, dan plg lawa dan hensem dlm dunia. You can see it from me. Haha

26th December 1990 at 1.30pm at Hospital sultanah Aminah Johor Bahru, aku selamat dilahir kan secara operation. Aku ni sebenarnye baby tabung uji. Pernah dgr? Sperm ayah and ovum mak disenyawakan dlm tabung uji and bila matured they put it back kat Rahim mak through pusat. Special kan I? haha. Maybe sbb tu aku di manja kan. Haha. Tapi bg aku mak ayah layan sama je. Baik aku. Baik akak. Kami dua beradik je. Mak ayah tak perna beza kan kami.

Kepada mak dan ayah. Terima kasih sbb telah jaga adik for this 2 decade, sayang adik, layan kerenah adik, sabar dgn perangai adik. Adik tau adik jarang cakap adik syg mak ayah secara verbal. Tapi adik selalu kan tulis kat kertas then tampal depan ice box dgn depan cermin. Haha. Sbb adik malu nak cakap. Tapi adik sayang mak ayah sgt. Adik selalu doa semoga adik dapat jodoh yg dapat sayang adik dan jaga adik mcm mak ayah jage adik. Adik harap, mak dgn ayah ttp sayang adik bila adik dh ada anak nanti. Adik tak nak mak ayah lebih kan anak adik. Walaupun berjuta org setuju mengatakan yg atok akan lebih syg cucu dr anak dorg sndr, tapi mak dgn ayah tak boleh masuk dlm kategori atok2 itu okay.

p/s : I love you mak ayah. Terima kasih untuk semua yg telah diberi selama dua dekad ni >.<>

Tuesday, November 2, 2010

kenapa.

kalau dari dulu awak mcm ni kan bagus.
suka saya tengok.
kenapa baru sekarang nak mcmni?
kenapa tak dari dulu?
saya pun tak boleh nak buat apa-apa sekarang.
maaf.

Sunday, October 17, 2010

Dont be sad.

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:

"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah kerja,masalah belajar, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.


Saturday, October 16, 2010

jgn cari aku lagi.

Is there a better place,

To be right now,

Than to be home,

Listening to the crickets’ sounds,

Outside the windows.

Is there a better place,

To be right now,

Than in the bed,

Closing my eyes,

Falling into a deep sleep,

To forget about the days,

Forget about the nights,

Forget about you.

Heartbroken,

Nothing better than to sleep,

To forget that you are gone,

To forget your lies,

Forget the way,

You told me,

You loved me,

Forget the way,

You looked at me,

When you hug me,

I want to forget,

I want to leave this world,

Close my eyes,

Fall to sleep to stop the heart,

From beating.

I block my ears,

From hearing the sounds,

Like your voice,

Like when you sing to me,

Those lovely songs,

They sounded to tender,

Now they kill me,

They hurt me,

I don’t want to hear anything,

Don’t want to hear the waves,

Hitting against the sand,

Don’t want to hear the birds,

Chirping outside the windows.

Don’t want to see my face,

Don’t want to see you,

Don’t want anything,

That has to do with you,

I want to close,

I want to block away,

The world to stop the pain,

In my heart.

I want my heart to stop beating,

To stop bleeding,

From your words,

Your lies.

Monday, October 11, 2010

kenangan ke klinik

Setelah hampir 2tahun menuntut di KPJIC, baru hari ini pertama kali STN Hartini pergi ke klinik setelah 4hari batuk tak baik-baik. Selama ni tengok saja org pergi. Kalau ikut kan hati memang malas nak pergi. tetapi memandang kan batuk ni tak pulih-pulih, dan semakin teruk. tekak semakin sakit. nak telan air liur pun sakit (tapi nafsu makan sama je melonjak-lonjak) malam tadi aku langsung tak boleh tidur sebab batuk tak berhenti. Penyeksaan betul. Paling kesian kat Syid. Aku takut aku mengacau dia tidur. Tapi bila aku tanya tadi. Dia kata dia tak sedar apa pun. Nice one Syid. maka dgn itu aku decide nak pergi. Prevent is better than cure.



Sebelum pergi kena tulis nama dalam satu buku dekat dalam ofis tu. Tengok-tengok nama aku seorang je ada. Pelik. Aku seorang je kot yang sakit hari ni. hehh. Lantak lah. So aku pun pergi lah. memandang kan aku seorang je yg pergi, Abg office tu hantar aku naik kereta neo dia. vroom vroom. HAHA



Seperti biasa, aku menunggu giliran yang agak lama. Setelah lama menunggu, kini tiba lah giliran aku. Antara dialog-dialog aku dengan MA :

MA : sakit apa?

Aku : Masa hari rabu lepas saya demam, selsema dgn batuk. Tapi saya dah makan ubat semua dah okay. Cuma batuk je sampai sekarang tak baik-baik lagi and tekak saya pun sakit. nak telan air liur pun sakit.

MA : okay pusing belakang, tarik nafas. (sambil buat auscultation) okay paru-paru awak bunyi normal. Bukak mulut. (sambil suluh torch light) okayy tekak awak pun okay je. tak ada apa-apa.

huh?? aku ni nak makan pun susah nak minum pun seksa. dia boleh cakap okay je? tak pe lah. dia lebih arif.

MA : okay ni saya bagi ubat batuk dgn ubat cair kan kahak. awak boleh cuba lah kalau awak nak cair kan kahak.

Aku : Puan boleh tak bagi saya Piriton dgn paracetamol. In case lah kalau saya demam ke. sekarang kan musim demam. (sambil buat muka kesian yg penuh harapan)

memang betul apa. bukan nak demand. lagi pun badan aku memang tak jalan kalau makan ubat bukan dari kkm. makan ubat biasa mesti tak jalan. nak kkm jugak. lagi pun aku amek lebih utk rakan-rakan jugak. (ececehhh) mane tau diorang demam ke,esok nak exam pulak. Aku amik Piriton sebab aku memang perlu kan dia sebab aku susah tidur malam. Aku suka amik pil ni untuk bantu aku tidur. hehh. Jangan tiru sikap ini.

MA : boleh-boleh. saya bagi vitamin c skali untuk awak.

apa muka aku ni nampak sangat ke mcm tak cukup vitamin? sampai hati..

Aku : Terima kasih. (sambil menyengeh)



Banyak respon pelik-pelik yang aku dapat selepas balik dari klinik antaranya ialah :

Respon Pertama:

1) Awak ni betul-betul sakit ke nak pergi klinik?
*tak lah Madam. saya saja je nak pergi klinik. saya nak mengurat MA lelaki yg hensem tu. saya kan suka pergi klinik kerajaan ni. saya kan suka tunggu lama-lama.

Respon Kedua:
ini adalah soalan yang paling bodoh pernah aku dengar selama 20tahun aku hidup ni.

2) Tini pergi hospital buat apa? sakit ke? Ouh sakit apa? sebab macam tak sakit je.
* FAKKKKKK (astaghfirullahalazim) pergi MAMMMM lah muka kau. Aku ada 3 jawapan untuk kau.


1- Aku pakai kaki kau ke pergi klinik yang kau nak sibuk sangat? Aku suruh kau gendong aku ke pergi klinik tu?


2- Aku pakai duit singgit kau ke untuk bayar duit klinik tu sampai kau nak gelabah sangat aku pergi klinik.


3- Muka kau memang suci. Tapi mulut kau memang BANGKAIIIII lah perempuan. sumpah! Aku tak pernah nak sibuk-sibuk dgn hal kau, yang kau nak sibuk-sibuk dgn hal aku APAPASAL?


Aku memang allergic betul lah dengan orang-orang yang JOYAH-JOYAH ni. tak payah lah macam tu sekali perangai. Kau fikir aku suka sangat ke nak pergi klinik? suka-suka je pergi? kalau tak sakit aku tak pergi lah. Aku baru first time kot pergi. tanya macam aku selalu je pergi. Kau yang selalu pergi klinik, aku takde bising pun. Lantak lah kan. Selama ni aku tgk je org pergi klinik. Tak pernah aku nak tanya die buat apa? sakit ke? sakit apa? dah nama pun pergi klinik. mesti lah sakit. tak kan lah nak berbelanja pulak bebal. malu lah sikit. kau tu nurse. ada ke patut tanye macam tuh. mungkin bagi kau, selagi rupa aku tak da rupa nak mati. dah sakit betul, aku tak boleh pergi klinik? bila dengan patient pandai pulak kau nasihat, pergi buat check up cepat before terlambat. tak kan sebab aku nurse aku tak boleh pergi klinik? kau nak jaga aku ke apa? memang aku emo. orang sakit-sakit, kau tanya benda-benda bodoh ni. Memang mendapat lah kau.



moral of the story : JANGAN kacau hidup aku sebab aku tak kacau hidup kau.





p/s : I akan cuba kurang kan baran I ye Sugar. I bukan baran. Tapi mereka ini semua yg annoying sangat! I Love You sugar. xoxo

Saturday, October 9, 2010

Kulit Muka


Kenapa lah kulit muka you all ni semua cantik-cantik, gebu-gebu? kulit muka i ni kalau tak ber-foundation tak ber-bedak tak ber-blusher, memang macam haram lah rupa. Pucat macam tak cukup darah. Pucat macam mayat. Sumpah sebenarnya i malas nak make up- make up ni semua. bukan suka pun. kene bangun awal nak siap. tapi lambat gak siap.
sungguh iri hati bila melihat muka rakan-rakan yang tak payah pakai make up pun dah cantik dah. tak pucat. kulit licin macam kulit baby. damn you all.


Puas lah ikhtiar macam-macam.
Dari buah-buahan ke sayur-sayuran.
tepek lah timun, tomato, telur, segala bagai.
tak cukup tradisional, cuba modern plak.
segala vitamin semua dah telan.
Dari cream buatan Malaysia sampai lah Buatan luar Malaysia.
Dari pakai cream-cream murah sampai lah yang paling mahal.

Ada yang kata mungkin silap I sebab I dah biasa kan kulit muka I ber-make up. So ia akan nampak pelik bila tak make up. nampak pucat.. ohh man.. tak suka mak nyah. Atau pun memang salah I sebab I tak makan sayur. Ye. I memang tak makan sayur. Bukan kurang makan sayur tapi memang Tak makan sayur. Ye saya tahu saya nurse tapi saya memang tak makan sayur. So sekarang nak salah kan apa? Sebab selalu pakai make up atau sebab tak makan sayur? Pilih lah sendiri. Malas nak fikir.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAAAAAAAAA~
surpriseeeeeee

hamek kau muka I tak make up tak edit ape. segala benda nampak. pucat macam mayat. ni name nya muka kat umah. harap-harap laki i tak pengsan tgk muka i macam ni. hehhh