Saturday, August 7, 2010

cita-cita.



Masa saya kecik, sehingga saya besar,
saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik.
saya suka mengajar sepupu saya buat homework.
ada yang kata saya terlalu garang ketika mengajar mereka.
tapi mereka tetap suka saya mengajar.
apabila balik rumah nenek masa weekend, mereka akan hangkut semua homework mereka dan memanggil saya untuk dijadikan alat rujukan. haha.
saya juga masih ingat, masa saya kecik-kecik, minat saya mula dapat dibaca oleh ayah.
ayah telah membeli kan saya papan hitam, dan saya pun berangan seorang2 jadi cikgu.
maklum lah. saya tak ada adik. ada akak pun tapi beza 10tahun.
tak kan lah akak nak layan saya. tapi tak pe, saya tak kesah.
sorang2 pun tak pe.



Sehingga lah sampai saya habes spm. dan telah mendapat keputusan yg agak cemerlang, saya pun terus memohon maktab. dengan harapan setinggi langit ketujuh, untuk menjadi pendidik.
saya sudah mulai berangan untuk di gelar teacher tini. HAHA. ya saya tahu, gila poyo kan.



Pada suatu hari, rakan seperjuangan saya HY a.k.a Joyah telah menghubungi saya.
" weh tini, aku dgn aishah a.k.a cacu (classmate saya) dah dapat surat interview maktab.
kau dapat tak? "
dengan hati yg lulur, saya mengecek peti surat saya. - isk. tak de pun.
saya pun menyedapkan hati saya. ohh mungkin lagi 2,3 hari sampai lah surat tuh.
kalau mereka dapat, kenapa tidak saya.
tetapi harapan hanya tinggal harapan.
sehingga lah tarikh mereka pergi ke interview, surat yg dinanti, tak kunjung tiba.
pppffftttt !!!



Hati terluka seperti di hiris sembilu.
Harapan ku hancur berkecai.
Hati saya seakan2 merajuk untuk menjadi pendidik.



Rakan2 semua sudah pergi menuju ke menara gading. tapi saya masih tunggu dan menunggu dgn penuh harapan. tunggu di rumah seolah2 seperti menunggu org masuk meminang. Emak dan jiran depan rumah saya berkali2 menyuruh saya belajar kejururawatan.
What?? nurse?? mak please lah. no way.



NURSE?? Shift. Raya kene kerja. Public holiday kene kerja. Pakai uniform. Kene iron hari2. Kene cuci pampers. NO WAY MAK.



Tapi kan. Mmg betul org kata. Kita jgn sombong sgt. Selalu nya benda yg kita tak suka itu lah yang tuhan akan bagi.



Entah mcmna. Tiba2 hati saya mula tertarik dgn jururawat apabila saya melihat student nurse menjaga anak sedara saya di ward. Mereka kelihatan sweet dgn cap mereka dan uniform.
Saya pun mula minta pertolongan mak utk apply kejururawatan.



Tiba2 keesokan harinya, surat tawaran dari SPA sampai. Interview Jururawat pelatih. Ya Allah. Mungkin mmg ini rezeki aku. Baru nak apply surat dah sampai. Hehhh.



Sekarang sudah hampir 2 thn saya berkecimpung dalam bidang kejururawatan, saya mulai jatuh cinta.




vs

*walaupun saya tidak dapat memegang title "teacher tini" tapi saya dapat title "misi".



HAPPY ENDING.

- the end-



* Joyah dgn Cacu, mereka juga tidak dapat menyambung kan cita2 mereka sebagai pendidik.
tapi Joyah skg ni baru tukar course EDU kat UIA. and cacu sama bidang dgn saya, iaitu berkhidmat dgn Kementerian Kesihatan tapi bukan sebagai Jururawat tapi sebagai Inspektor Kesihatan. Sekian.



1 comment:

Mizza said...

joyah suka entry ini :))